
Assalamualaikum... para muslimah yang cantik,ada informasi nih... langsung simak yukkkk...
Adalah suatu perkara yang indah jika seseorang itu berhijrah untuk memahami dan melaksanakan tuntutan berhijab.
Namun dewasa ini perkara atau hukum hijab ini seolah-olah dianggap sebagai peredaran fesyen yang sekadar menjadi sebutan dan trend. Pihak yang memberi pengaruh dan ikutan semestinya dari golongan selebriti disebabkan oleh faktor populariti.
Namun
yang demikian, perkara hijab dan jilbab ini merupakan suatu tuntutan
yang tidak boleh dipandang ringan. Apa yang merisaukan adalah pemahaman
terhadap tuntutan ini disalah ertikan dengan pelaksanaan yang sarkastik
semata-mata.
01.AURAT
Aurat
merupakan istilah Arab yang bermaksud bahagian anggota badan yang wajib
ditutup (haram jika dipamerkan) kepada orang asing (ajnabi) yang bukan
muhrim.
Diperjelaskan lagi, batas aurat juga merangkumi jenis pakaian yang tidak menonjolkan bentuk tubuh badan.
Secara dasarnya dinyatakan bahawa batas aurat bagi lelaki adalah di antara pusat hingga ke lutut. Berlainan pula dengan aurat yang ditekankan kepada golongan wanita.
Aurat bagi kaum wanita merangkumi:
- Di hadapan saudara lelaki (muhrim) diwajibkan menutup seluruh anggota badan kecuali kepala dan tangan.
- Ketika bergaul sesama wanita muslim aurat bagi wanita itu adalah dari pusat hingga ke lutut
- Ketika
bergaul di kalangan wanita bukan muslim adalah diwajibkan menutup
seluruh anggota badan kecuali muka dan pergelangan tangan. Namun bagi
sesetengah pendapat para ilmuan batas aurat wanita muslim kepada wanita
bukan muslim adalah sama dengan batas aurat ketika bergaul sesama muslim
- Apabila berhadapan dengan lelaki yang bukan muhrim pula diwajibkan menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan telapak tangan
- Aurat ketika solat adalah seluruh anggota badan kecuali muka dan telapak tangan
Ada juga sesetengah pendapat yang menyatakan bahawa suara juga merupakan aurat bagi kaum wanita.
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan
memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah
mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka (terjemahan langsung adalah: 'dan hendaklah mereka menutup dada mereka dengan penutup'); dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada:
- Suami mereka atau
- Bapa mereka atau
- Bapa mertua mereka atau
- Anak-anak mereka, atau
- Anak-anak tiri mereka atau
- Saudara-saudara mereka atau
- Anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau
- Anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau
- Perempuan-perempuan Islam atau
- Hamba-hamba mereka atau
- Orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan
- Kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan.
Dan
janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang
tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada
Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." - [Surah An Nur: Ayat 31]
02.HIJAB
Pelaksanaan hijab adalah perkara wajib yang diperjelaskan secara nyata di dalam Al-Quran.
Secara umumnya hijab itu membawa maksud cara menutup aurat bagi lelaki dan juga perempuan dengan sempurna.
"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian
menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa
itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda(limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)." - [Surah Al-A'raaf: Ayat 26]
03.JILBAB
Jilbab adalah tuntutan dalam pelaksanaan hijab yang sebenar.
Perkara ini dijelaskan dengan penurunan ayat Al-Quran dari petikan surah Al-Ahzab. Jilbab merupakan kaedah atau fesyen pakaian yang labuh.
Jika
dilihat kepada revolusi wanita Islam masa kini, fesyen pemakaian
tudung labuh adalah teramat kurang sekali untuk dilihat. Malahan di
negara Malaysia ini, golongan yang bergelar ustazah juga kurang dilihat
mengenakan pakaian berunsur jilbab.
"Wahai
Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta
perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi
menutup seluruh tubuhnya(semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." - [Surah Al-Ahzab: Ayat 59]
04.NIQAB
Niqab adalah sehelai kain yang digunakan untuk menutupi muka seorang wanita kecuali mata yang lebih dikenali sebagai "purdah".
Pemakaian
niqab bagi seorang wanita menjadi persoalan para cendekiawan sama ada
ianya wajib ataupun tidak. Namun begitu, penggunaan purdah dipersetujui
bahawa adalah sangat dicadangkan.
PENUTUP
Hukum menutup aurat adalah wajib bagi setiap insan yang bergelar muslim.
Namun, pelaksanaan hukum ini tidak mendapat perhatian oleh kebanyakan
umat Islam dewasa ini. Walaupun kita berada di dalam sebuah negara yang
diiktiraf sebagai negara Islam, tetapi tiada undang-undang khusus yang
mewajibkan etika menutup aurat. Oleh yang demikian, perihal hukum
menutup aurat mula dipandang sebagai hukum yang boleh
diringan-ringankan. Sedangkan hakikatnya hukum menutup aurat ini
sememangnya diketahui sebagai WAJIB bagi umat Islam, tetapi begitu sukar
memenuhi tuntutan hukum ini sebagai tunjang kekuatan iman...